CARA MENGHILANGKAN STRESS

Bagaimana jika saya memberitahu anda terdapat 10 cara anda boleh mengurangkan tekanan tersebut? Ada beberapa cara mudah dan unik untuk menghilangkan tekanan.

1. MELUKIS MENGGUNAKAN JARI

Cara menghilangkan stress
Foto Kredit: artforkidshub.com
Ekspresikan diri anda melalui apa jua jenis seni adalah satu bentuk pembebasan. Lebih khusus lagi, lukisan menggunakan jari membolehkan anda untuk menjadi lebih kreatif tanpa apa-apa sekatan dengan harapan supaya anda dapat bereksperimen dengan cat jari dalam apa-apa cara yang anda mahu seperti kanak-kanak lakukan.
Jika tidak, gunakan krayon atau apa-apa sahaja. Lukiskan perasaan anda pada kanvas dan lihatlah hasilnya. Marah? Penat? Terbelenggu? Semuanya ada di depan mata.

2. URUTAN PADA TELINGA

Anda mungkin ketawa mendengar hal ini, tetapi mengurut telinga sebenarnya adalah cara melegakan tekanan yang sangat baik. Ini akan membebaskan endorfin dalam otak dan membuatkan anda berasa lebih tenang. Cara untuk melakukannya adlah dengan menggosok kawasan luar telinga dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit kawasan tersebut ke atas dan kemudian kawasan pada belakang telinga.

3. TELEFON IBU ANDA

Jika anda dan ibu anda masih mempunyai hubungan yang baik, anda boleh menghubungi beliau untuk membantu anda mengurangkan tekanan. Selepas memeriksa bagaimana perempuan muda bertindak balas di bawah keadaan tertekan, saintis mendapati bahawa mendengar suara ibu mereka mengurangkan hormon tekanan dan meningkatkan hormon oxytocin yang menyumbang pada rasa tenang.

4. MENGHIDU EPAL

Cara menghilangkan stress
Foto Kredit: fanpop.com
Walaupun berbunyi sangat pelik, menghidu epal atau mana-mana buah-buahan sitrus yang lain boleh mengurangkan sakit kepala dan melegakan tekanan. Kajian menunjukkan bahawa penghidap migrain kronik yang menghidu aroma epal hijau melaporkan bahawa kesakitan mereka berkurangan.

5. BERI GANJARAN PADA DIRI ANDA

Walaupun anda merasa diri anda tidak melakukan sesuatu perkara yang besar hari ini, jangan lupa berikan ganjaran pada diri anda. Terutamanya apabila anda merasa putus asa atau merasa tekanan yang sangat teruk. Tidak kira betapa kecil mahupun besar pencapaian anda, adalah berbaloi untuk ingatkan diri anda kerja yang hebat yang anda lakukan pada hari ini.

Komentar